Ahad, 14 April 2013

Latihan 5


Tatabahasa

A. Sila isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan ayat  tanya yang sesuai.

1.  “_______________ nama guru baharu itu ?” tanya Ali kepada Amira.
2.    _______________ peristiwa 13 Mei 1969 boleh berlaku ?
3.  “_______________ awak akan bertolak pulang ke kampung?” tanya jiran Sufia.
4.  Ibu bertanya kepada ayah. “____________ tema wana baju raya kita pada tahun ini?”
5.  “_______________ harga sekilo ikan sardin ini?” tanya kakak kepada penjual ikan tersebut.


B. Sila bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

1.  Menggambarkan
2.  Senja kala
3.  Kedekut
4.  Melalui
5.  Televisyen

Latihan 4

Tatabahasa

Arahan : Sila hayati video di bawah.




1. Senaraikan lima jenis hidupan laut yang terdapat dalam video di atas.
2. Bina satu ayat bagi setiap satu jenis hidupan laut yang telah disenaraikan .

Latihan 3

Pemahaman

Arahan : Sila hayati video di bawah ini.



1. Berikan tiga kata nama am yang terdapat di dalam video di atas.
2.Berdasarkan video di atas, berikan lima pengajaran yang terdapat dalam Hikayat Sang Buaya dan Kancil tersebut.

Latihan 2

Teka - Teki


Arahan : Selesaikan teka - teki berdasarkan pantun di bawah ini.


Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?


Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.



Berdasarkan teka teki yang telah diselesaikan, bina satu ayat bagi setiap jawapan yang diperolehi.

Latihan 1


Karangan Profil

Berdasarkan gambar ransangan berikut, bina sebuah karangan pendek bertajuk "Aku Sebuah Buku". Panjang karangan mestilah antara 100 - 150 patah perkataan.




Soalan di atas merupakan contoh soalan peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun 5. 
Sila siapkan sebagai latihan semasa cuti sekolah.

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Mawar Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.